June 26, 2008

Teachers

Time tengah lepak-lepak tadi ternampak majalah sekolah yang lama... Betul-betul mengimbau kenangan lama, rasa seronok pula... Bila tengok kawan-kawan dari sekolah, tak kisah la junior ke, senior, semua pun comel-comel betul dalam majalah tu...*laugh*

Cikgu-cikgu pun sama - ada yang langsung tak berubah - bukan lama sangat pun aku tinggalkan sekolah. Banyak sangat cikgu yang mengajar dulu. Memang rasa seronok sangat-sangat...Aku pun bakal seorang guru kan?...*laugh*

Antara cikgu yang paling tak boleh dilupakan, Cikgu Azman... Dia ajar Add Math - memang subjek yang otai giler - boleh pecah otak time sekolah dulu. Dia ni plak, suka betul bagi soalan-soalan killer, yang for sure buat orang giler.

Ingat lagi time Form 4, kitorang kena duduk makmal sebab ada renovation, cikgu ni punya best la, sapa tak dapat jawab, kena berdiri dalam kelas. Dah ramai gila yang kena berdiri tu, termasuklah aku. Memang la malu, pastu dia kata sapa nak duduk kena jawab soalan. Sapa yang kena tanya lagi, if tak dapat jawab, kena berdiri atas kerusi plak...Pergh! bayanglah, nak kena berdiri atas kerusi makmal?... Tak ke gila if kena?... Aku pun apa lagi, dah berhempas pulas tak dapat gak buat...


Kebetulan, aku nampak Puan Saila lalu, dia pun Cikgu Add Math,so, aku pun salin soalan tu, letak dalam baju, dan cakap pada Cikgu Azman yang aku nak pergi tandas sekejap... Tapi, apa yang aku buat, aku pergi jumpa Cikgu Saila, minta tolong pada dia. Dia pun tolong aku buat - kejap je dia buat (dah kata cikgu Math pun kan...). So, aku pun masuk balik kelas, makin ramai yang kena berdiri... pastu, bila Cikgu Azman cakap siapa nak cuba jawab angkat tangan. Aku pun angkat la - pergi tulis jalan kerja and jawapan kat depan...*laugh* Yang penting aku dapat duduk kan? *smile*

Cikgu Azman ni, dia memang best gila... Pernah tak korang cuti sekolah yang hujung tahun tu ada kerja sekolah?... Mesti tak pernah, dengan dia ni ada! Bukan kerja kursus Add Math jer, yang tu part lain, tapi dia ada bagi kitorang tugasan khas. Hujung Form 4, nak masuk Form 5, dia bagi kitorang soalan dari Bab Satu sampai habis, Form 5 punya! Tak ke gile tu?... Yang Form 4 punya pun, bengap jer aku, nak kena buat yang Form 5?...Memang cuti sekolah yang masak habis time tu... Pergi tuisyen cam nak giler...

Cakap pasal tuisyen, aku tuisyen dengan seorang cikgu ni, Cikgu Zainal. Dia ni cikgu sekolah lain. Dia ni memang best - dia boleh ajar apa jer, kecuali Biology... Yang tu dia kata memang tak boleh. Setakat Add Math, Chemistry (2 subjek ni aku tuisyen dengan dia), Fizik, Math Modern, etc. semua dia boleh. Dia ni ler tempat aku dengan kawan-kawan aku minta tolong if dapat kerja sekolah dari Cikgu Azman.

Pernah sekali time Cikgu Azman bagi kitorang homework, memang perit gila sebab aku langsung tak boleh settle kan, aku bawa pergi tuisyen, Cikgu zainal tengok, dia asked - mana dapat soalan universiti ni? - Kitorang cakap la, bukan soalan universiti - ni yang Cikgu Azman bagi - dia pun terkejut... Walaupun, dia memang boleh settlekan...

Memang best la dengan cikgu-cikgu since sekolah lagi. Cam Puan Zaini, if dia terjumpa mak aku, mesti dia asked, "Sharifah camne sekarang?. kelam kabut cam dulu lagi?"...*laugh*

Thanks a lot kat cikgu-cikgu terutama pada Cikgu Geografi terbaik aku, Mr.Foo...selalu sangat lumba berjalan dengan dia kat sekolah, aku memang jalan dengan laju sampai sekarang...*laugh* Mr.Foo, if I see you next time, we should have one more race sir!

A wannabe teacher too...

0 사랑해 Kisses From You:

Blog Widget by LinkWithin