Pagi Sabtu yang best... Cuaca sejuk dan nyaman tapi sebab dah biasa sangat bangun pagi, memang tak boleh la nak bermalas-malas lagi. So, jalankan rutin harian macam biasa. Masak air, pasang mesin basuh, buka tingkap-tingkap.
Hari ni, Mak nak masak nasi dagang - dari semalam lagi aku dah rendam berasnya. So, pagi ni, jalankan operasi la - apa lagi kan? Well, untuk breakfast la ni sebenarnya. Sambil tolong-tolong apa yang patut (selalunya tiap-tiap hari aku yang masak), aku cuci baju sekali. Baju-baju yang nak bawa balik UTM pun ada yang kena cuci... Rajin betul aku pagi ni... *laugh*
Abah pula keluar time kitorang masak. Tengah hari nanti dia nak pergi Johor Bahru - ada mesyuarat HEM, so, ada la yang dia nak beli agaknya. Masak, kemas sambil-sambil mesej dengan buddy aku... Abah pun balik. Abah beli satay! *laugh*
Sementara tunggu nasi dagang tu masak, kitorang makan satay dulu. Aku rasa cam pertembungan dua budaya pula. Muar dengan Kelantan or Terengganu. Satay dari Muar, and Nasi Dagang dari kawasan Pantai Timur.... *smile*
Apa pun, kita kan orang Malaysia?...
June 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 사랑해 Kisses From You:
Post a Comment