June 25, 2008

A Note For My Sweetie

Sweetie (you know who I mean girl...) I am sorry because I publish this post. Just want to share something with you dear, maybe I am not too good to be the best listener, adviser, but, I want to be a good friend to you...

I am sorry because I can't be there for you, but my pray always for your happiness dear...

"Gembira, sedih, cinta dan benci adalah asam garam kehidupan. Kesempurnaan adalah kelemahan, kelemahan hidup dalam kesempurnaan. Selepas malam ada siang, selepas hujan timbul pelangi. Kegembiraan dan kesedihan sentiasa ada dalam kehidupan kita. Masa kesusahan jangan cepat mengalah. Kehidupan terlalu indah..."

Sweetie, kita sering mahukan hari yang CERAH, tetapi ALLAH lebih mengetahui hakikatnya HUJAN perlu diturunkan. Kita sering inginkan KESERONOKKAN, jauh sekali KESUSAHAN, tetapi ALLAH lebih mengetahui, kesusahan itu mengajar KEHIDUPAN. Kita sering inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN, tetapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN. Semua itu bukanlah HUKUMAN, tetapi sebagai TANDA KASIH SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN...

Sweetie, ukirkan persahabatan kita di atas ukiran kasih sayang, ciptakan kejayaan kita bersama di atas sebuah impian dan kukuhkan ukhuwah kita di atas keikhlasan kerana Allah. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...

Sweetie, berasa runsing jika melihat langit sebelum keluar setiap pagi?... Terfikir sama ada nak bawa payung atau tidak?... Sebenarnya, sudah lama tahu perlu untuk membawa payung. Manusia belajar melalui pengalaman yang telah berlalu, kekalahan boleh dielakkan jika dapat bertahan dengan beban ketika itu. Mungkin kerana inilah, payung yang kita ada adalah beban yang lebih berat dalam sangkaan kita...

Sweetie, terdapat sejenis orang yang tidak sesuai dengan pelancongan. Selalu sahaja tidak tahu untuk membawa apa, benci untuk membuat pilihan, benci untuk membawa bagasi yang berat dan benci juga pada diri yang dipaksa keluar bercuti ini. Rasanya bagaikan melancong kerana kebencian. Akibatnya, tenaga untuk mengemaskan bagasi pun tiada lagi akhirnya. Kadang-kadang perkara yang dikehendaki pula tiada disisi... Tetapi adakah kita sebegitu?... Akan cepat mengalah di dalam hidup ini?...

Sweetie, aku pun pernah melalui apa yang ko lalui. Percayalah pada aku, aku memang faham apa yang ko lalui - sangat memahami kepahitan, kelukaan dan kecederaan itu. Memang itu bukan apa yang kita pinta dalam melalui satu hubungan - bukan itu yang kita ingin canai serta sulamkan dalam kehidupan kita...

I've told you once what my Abah said to me right? "Jika cinta itu datang kerana Allah, biar jauh mana pun dia pergi, dia akan datang balik. Jika cinta itu datang kerana nafsu, kita akan merasai kesedihan itu sementara sahaja, selepas itu kita akan belajar melupakannya dengan cepat".

Sweetie, Allah tidak akan menguji hambaNya dengan perkara yang tidak boleh diatasi dengan hambaNya. InsyaALLAH, tentu ada hikmah di sebalim semua ini. Aku percaya ko boleh atasi perkara ini...

Sweetie, I am always here for you...

2 사랑해 Kisses From You:

cahya indah said...

a million thanx to u dear ;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

U know that I love u so much right?

Blog Widget by LinkWithin