June 19, 2008

Economy and me

Sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel, aku merasakan dunia ini bertukar dengan begitu cepat sekali. Life is a journey right?. By the way, aku takde la nak protes apa yang kerajaan dah tetapkan. Kang tak pasal-pasal kena AUKU, masak aku. By the way, ada certain part yang aku nak sentuh. Sedikit pandangan yang jujur dari rakyat yang kerdil macam aku ni harap diberi perhatian. Tentang rebat yang diberi kerajaan pada kenderaan-kenderaan persendirian, aku akui memang bagus. At least, time orang agak susah, ada gak yang kerajaan bagi dalam meringankan beban rakyat.

Cuma, aku terpaksa cakap gak dan aku bersetuju dengan surat-surat pembaca dalam Berita Harian (aku memang amat menyukai ruangan tersebut) - mengenai Naza Ria. Keluarga aku memiliki kenderaan tersebut, dan secara jujurnya, kami memilikinya bukan kerana kami kaya dan sebagainya. Aku melihatnya dari segi keperluan. Mempunyai keluarga yang besar - 8 orang termasuk ibu bapa, apa mungkin kami menaiki kenderaan yang kecil?. Mungkin sebelum ini boleh, tetapi kami semua semakin membesar, dan ianya perlu dilihat dari segi keperluan. Apa yang malangnya, kami tak dapat merasai rebat yang diperuntukkan oleh kerajaan - Naza Ria melebihi 2000 cc. Aku cuma ingin melontarkan sedikit pertanyaan, apakah Naza Ria dilihat dimiliki oleh mereka yang berada sahaja?. Bagaimana kenderaan-kenderaan lain? Yang berkuasa rendah tetapi mempunyai harga yang lebih mahal daripada Naza Ria?. Ibu bapa yang bertugas sebagai penjawat awam perlu menyekolahkan 6 anak. Dalam keadaan ekonomi sekarang, alhamdulillah, kami masih mampu bertahan, tetapi bagaimana pada masa akan datang?. Khabarnya, harga minyak dunia bakal melambung lagi, dan segala saranan pelbagai pihak dalam menjana dan menguruskan hal kewangan perlu diambil serta dikaji agar ia mampu diamalkan oleh seisi keluarga.

Setelah menghabiskan masa hampir dua bulan di rumah, menjaga serta menguruskan hal-hal dapur, berikutan kenaikan harga minyak, memang tidak dapat disangkal bahawa terdapat peniaga atau pekedai yang menaikkan harga-harga barang mereka. Sebagai contoh, harga setin sardin, sebelum ini RM 1.80, tetapi setelah kenaikan harga meningkat kepada RM 2.20 setin! Kegilaan apa ini?!. Aku memahami yang peniaga memerlukan modal pusingan, keuntungan dan sebagainya, aku tidak menafikan semua itu, tetapi, jika secara terang-terangan menukar tanda harga dengan menggunakan pen, terlalu jelas yang barang itu adalah daripada stok barangan lama!

0 사랑해 Kisses From You:

Blog Widget by LinkWithin