June 20, 2008

2nd July and Me

There's a lot of things happen on that day...Simply from My-Lovely-Person birthday to those memories that I can never forget. The date is just around the corner, and I just want to check through how I am going to face the date again this year - in case I've chance to do so. Well, forget about My-Lovely-Person birthday, let me only share it with the person. So that, no one will hurt in that case.

By the way, 2nd July this year will be the 3rd-Anniversary for me...not married with somebody but then, dah 3 tahun mendaftar di UTM. Rasa singkat sangat masa yang berlalu. 3 tahun lepas, 2 Julai 2005 - dihantar oleh emak dan abah bagi menyahut cabaran sebagai seorang mahasiswa, 2 Julai tahun ini pula, aku akan memulakan tahun terakhir pengajian dalam bidang Pendidikan ini. Pantas masa berlalu meninggalkan memori yang terlalu banyak buat diri ini. Bila aku menoleh ke belakang, aku dapat melihat kesan-kesan yang telah ditinggalkan. Bukan sahaja terdapat kejayaan, malahan kegagalan juga pernah dirasai. Pepatah yang menyatakan, "Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya seharusnya dilihat sebagai pemangkin semangat dalam mengharungi dunia kampus. Bukan kita sahaja yang begitu layak untuk belajar di situ, malahan ada rakan-rakan yang lebih layak tetapi tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran. Senior-senior telah silih berganti, semester yang baru ini akan memperlihatkan bahawa aku juga telah menjadi senior untuk kali ketiga iaitu tahun terakhir - kursus yang aku pelajari adalah selama 4 tahun.

Selain itu, 2 Julai ini juga adalah tarikh keramat buat diriku. Setahun yang lepas, 2 Julai 2007 - aku telah memulakan tugasan sebagai guru pelatih di sebuah sekolah menengah di daerah kelahiranku - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar. Menjalani Latihan Mengajar selama 3 bulan - pelbagai memori yang terpahat dalam ingatan. Harus diingatkan, bukan senang melayani kehendak masyarakat luar kampus - apa yang telah dipelajari di kampus terkadangnya bukan memenuhi kehendak pihak lain. Ah! - Pada diriku, ikut sahaja resmi padi, makin tunduk makin berisi. "Masuk kandang kambing - mengembek, masuk kandang harimau mengaum". lakukan yang terbaik dalam mengembangkan serta menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada generasi- generasi muda. Tidak akan rugi kita. Pokoknya, terpulang kepada mereka sama ada mereka amhu menerima atau tidak. Sekalung kasih sayang buat teman - teman yang menjalani Latihan Mengajar bersama setahun lepas - Wardah Aina, Taufik Saidan serta Nasuha...Begitu juga buat pensyarah pembimbing yang sentiasa menaikkan semangat serta memnerikan markah gred terbaik, Encik Shaharuddin Md Salleh...Buat para pelajar, semoga kalian mendapat sedikit manfaat dari apa yang pernah teacher tinggalkan setahun yang lalu...

2 사랑해 Kisses From You:

messyremo said...

yes..aku org pertama komen..

ZARA 札拉 said...

hahaha~

kamu nih~

Blog Widget by LinkWithin